Gagak hitam,
perlukah engkau memekik
tatkala lapar inginkan daging?
nak semua tahu kau itu
seekor gagak hitam?
Gagak hitam,
perilaku murai
karakter yang sama
semua tutup mata
tutup telinga
lihat kau gah melapah
daging itu.
Gagak hitam,
bijak atur langkah
ajak primatmu
mentransmisifkan minda.
Gagak hitam,
akan tiba masa
di satu sudut
seribu helang menanti
mengintai aksimu
sebelum menerpa.
Gagak hitam,
usah risau
usah rimas
kau punya nama
yakni gah satu Selangor
warung ada satu
Seksyen 17 Shah Alam
Kafe gagak.
12.23.2012
12.19.2012
Kurap
Gatal.
Tangan itu gatal.
Itu sebab ada kurap.
Bahaya kurap itu
kerana lama-lama
kurap itu jadi kanser.
Kanser itu namanya kurapsi.
12.17.2012
Rintihan Teori
Bingit, masai
ruang otak ini
warna pelbagai
cuba menerobos
analog pemikiran
akan tetapi,
hanyalah mono
hitam dan putih.
Dikisar jiwa
gulai perasaan
menelan input
termuntah output
saki baki teori.
Terima kasih Disember.
Biduan Sore, Shah Alam, 2012.
ruang otak ini
warna pelbagai
cuba menerobos
analog pemikiran
akan tetapi,
hanyalah mono
hitam dan putih.
Dikisar jiwa
gulai perasaan
menelan input
termuntah output
saki baki teori.
Terima kasih Disember.
Biduan Sore, Shah Alam, 2012.
Cinta 0304
Ku harap rasaku ditinta
jauh di pembuluh darahmu
terasimilasi bersama sel merah
berkopulasi dengan oksigen
padu bersatu
kerana rasaku abstrak.
Kenal itu cinta?
Biduan Sore, Sg Rasau, 2012.
Salam Rindu Untuk Sarawak
Itu kampungku
hijau merata
lapang dada
gema cengkerik
geselan lalang
pekikan kenyalang
embun pagi membisik telinga
seraya berkata,
"Aku rindu padamu."
Biduan Sore, Shah Alam, 2012
hijau merata
lapang dada
gema cengkerik
geselan lalang
pekikan kenyalang
embun pagi membisik telinga
seraya berkata,
"Aku rindu padamu."
Biduan Sore, Shah Alam, 2012
12.15.2012
Bangkai Supremo
Kalau dah jadi ninja, tumbuk dinding keluli besi pun tak sakit. Tapi kalau orang makan daging kita, ngilu di penjuru hati peri pilu hingga nampak kanser benci di situ.
Itulah manusia hati hipokrasi. Wangi mulut tika bercakap depan kita mengalahkan pewangi yang harganya beratus beribu. Dibelakang kita, carcasses, sampah sebulan tak dibuang.
kadang-kadang,
tak faham apa yang mereka inginkan dari kita.
Nak menang sangat dalam hidup ini. Tak boleh terima kekalahan. Apa kau lahir ke dunia ini, kau terus dinobat juara segala alam? juara marathon Bukit Berjuntai? juara peraduan Maggie? juara micro teaching? juara kuiz semester 5? juara geografi muka bumi?
Bodoh.
Semua memang nak menang. Menang dengan cara yang tersendiri. Tapi bila dah menang manusia leka, alpa, lupa diri siapa. Macam kau hilang dari dimensi nyata. Lari ke Planet of The Apes. Bersaudara dengan primat seangkatan dengannya.
Kau menang kau megah. Ego bukan main tinggi gunung.
Lepas menang, jangan condemn orang. Orang tak hormat. Orang tak pandang.
Informasi putar belit
Kesalahan diri tak diakui
Jujur dengan diri. Jangan bagi selari perut kau dengan mulut. Susah kau nak bawa diri dalam hidup seterusnya bhai.
-out-

12.02.2012
Mentaliti Seorang Ninja 1304 - Part 1
Mentaliti Seorang Ninja - tidur bila perlu
Mentaliti Seorang Ninja - kalau makan, jangan lupa basuh tangan
Mentaliti Seorang Ninja - pandai main, pandai simpan
Mentaliti Seorang Ninja - teliti dalam perihalnya. Perilaku jarang sumbang
Mentaliti Seorang Ninja - pengaruh rakan sebaya
Mentaliti Seorang Ninja - hati - hati ketika beraksi
Mentaliti Seorang Ninja - sembunyi bukan beerti takut, itu salah satu skil
Mentaliti Seorang Ninja - minda kelas pertama a.k.a. Bujang Pasir
Mentaliti Seorang Ninja - kerja-kerja siap sebelum masa penghantaran. Tak siap, mati.
Mentaliti Seorang Ninja - tom yam ayam jadi santapan tengah hari.
-to be continued-

Subscribe to:
Comments (Atom)